Bina Kedai Online Anda Dengan Lot.my

Lot.my? Apa itu Lot.my? Pernah ke korang dengar tentang Lot.my ni? Hebat ke Lot.my ni? Tak pernah dengar ek? Kalau nak tahu jawapannya, baca info yang aku tulis ni sampai habis. Hehe..

Pengenalan

Aku pasti ramai lagi yang tak tahu kewujudan Lot.my ni. Aku sendiri tahu tentang Lot.my pada tahun lepas. Kawan aku promot bisnes jersi yang dia buat dengan Lot.my. Sangat mudah katanya. Tak perlu susah-susah beli domain, hosting, dan setup theme, hanya dengan beberapa klik sahaja dah siap bisnes online korang. Selaras dengan perkembangan pesat perniagaan atas talian (online business) di Malaysia, Lot.my merupakan platform terbaik untuk mereka yang ingin bangunkan online business. Mula diperkenalkan pada Januari 2010, kini Lot.my mempunyai beribu-ribu pengguna dan mereka memberi feedback yang positif kepada pihak Lot.my. Untuk info lanjut, korang boleh layari blog mereka.

The Team

Lot.my dibangunkan oleh 6 orang pemuda handsome. Jom berkenalan dengan meraka.

Mereka semua ni merupakan graduan dari institusi bertaraf tinggi tau. Untuk info lebih lanjut tentang mereka ni korang boleh la baca kat sini Lot.my.

Kelebihan Lot.my

  1. Senang untuk digunakan. Jika dibandingkan dengan sistem e-commerce yang lain, Lot.my lebih tersusun dan senang untuk dibina. Lot.my telah dicipta supaya korang dan pelanggan korang lebih fokus kepada produk dan bukannya kepada part-part teknikal.  Oleh itu, kebarangkalian pengguna internet untuk masuk kedai online korang dan membeli produk korang adalah tinggi kerana sistem serta interface Lot.my mudah untuk digunakan.
  2. Full freedom. Apa full freedom ni? Macam ni. Lot.my memberi kebebasan untuk korang membangunkan website kedai online korang mengikut citarasa korang sendiri. Lot.my telah menyediakan banyak theme yang sangat menarik. Dengan kata lain, korang tak perlu risau kalau korang takde pengetahuan tentang HTML. Selain itu, korang juga mempunyai kebebasan untuk menyusun dan meletakkan modul dalam interface Lot.my tersebut.
  3. Design yang cantik. Dengan theme yang telah tersedia, korang boleh mencantikkan web Lot.my korang mengikut citarasa korang. Apa yang pasti, semua theme sangat cantik! Selain itu, korang juga boleh meletakkan logo dan banner korang sendiri. Kalau korang nak tukar background lain pun boleh. Pihak Lot.my telah menyediakan beratus background yang semestinya cantik untuk memenuhi citarasa korang.
  4. Senang dan cepat untuk dibina. Mungkin ada yang bertanya, perlu ke untuk membeli domain, hosting, setup server, dan install software untuk membina kedai online dengan Lot.my? Jawapannya, TIDAK. Semuanya sudah tersedia untuk korang. Hanya ikut arahan yang diberikan, dalam masa beberapa minit sahaja, korang sudah boleh membuat bisnes online.
  5. Pelbagai cara pembayaran untuk pelanggan. Untuk pelanggan yang ingin membeli di Lot.my, mereka mempunyai banyak pilihan cara pembayaran. Antaranya, tunai, cek, bank transfer, bayaran online (Maybank2u, CIMBClicks, dll), kad kredit (Mastercard, Visa) dan Paypal.
  6. Dijamin selamat. Account korang dijamin selamat oleh pihak Lot.my. Mereka menggunakan sistem bayaran yang dijaga untuk melindungi korang dan pelanggan korang.
  7. User support. Jika korang mempunyai sebarang soalan atau mengalami masalah, korang akan diberi layanan yang friendly oleh pihak Lot.my. Mereka akan jawab soalan korang dalam masa yang singkat dan secara personal.
  8. Percuma. Ya! Servis ini adalah PERCUMA! Untuk basic account, korang tak perlu keluarkan satu sen pun. Totally free! Kalau korang nak upgrade untuk servis yang lebih bagus, korang hanya perlu keluarkan bayaran yang sedikit sahaja. Tapi, upgrade ni adalah optional. Korang nak takpe, taknak pun takpe.

Perbandingan

Aku telah membuat sedikit research dan case study untuk membandingkan Lot.my dengan beberapa syarikat lain yang memberikan servis yang sama. Hasilnya, ternyata Lot.my mempunyai kelebihan yang jauh lebih bagus. Apa yang aku dapat simpulkan adalah Lot.my mempunyai kelebihan dari segi:

  • Interface. Interface Lot.my lebih memudahkan kita sebagai pengguna dan juga memudahkan pelanggan yang ingin melayari serta berurusan dengan kita. Aku bandingkan dengan beberapa pesaing sama ada dari luar negara mahupun dalam negara, kebanyakan interface mereka agak complicated dan tidak menarik.
  • Pakej yang diberikan. Seperti yang aku terangkan di atas, Lot.my menjanjikan pakej yang PERCUMA kepada mereka yang ingin membina bisnes online. Inilah kelebihan utama yang ada pada Lot.my. Jika dibandingkan dengan syarikat lain, kebanyakan daripada mereka menawarkan pakej yang memerlukan bayaran sehingga ada yang mencecah RM1200 setahun. Namun, terdapat juga syarikat yang menawarkan pakej percuma, tetapi hanya untuk tempoh tertentu sahaja. Sebagai contoh, pakej dari Syarikat A menawarkan pakej percuma selama 30 hari sahaja. Selepas dari tempoh itu, pengguna dikehendaki membuat bayaran untuk meneruskan bisnes online mereka.
  • Setup. Kedai online Lot.my sangat mudah didirikan. Tak sampai 5 minit. Malah, 3 minit pun boleh siap. Tak perlu install software, tak perlu beli hosting, dan perlu beli domain. Hanya beberapa klik sahaja, korang mampu membuat bisnes online. Tetapi, banyak syarikat shopping cart yang lain memerlukan pengguna install software mereka. Pengguna perlu download software tersebut terlebih dahulu, kemudian install, dan beberapa langkah lain yang semestinya sangat complicated.

Testimoni

  • Dari media

  • Dari client

Berdasarkan testimoni yang diterima, ramai yang mengakui kredibiliti dan kelebihan Lot.my. Testimoni tersebut pasti akan menambahkan keyakinan pengguna baru untuk mencuba Lot.my.

Awards

Jangan terkejut. Lot.my telah dianugerahkan dengan 2 anugerah! Anugerah tersebut adalah Best New Media Application dalam NEF-AWANI ICT AWARDS 2010 dan Most Innovative Malaysian Website dalam INNOVATION AWARD. Anugerah tersebut menjelaskan bahawa Lot.my telah mula dipandang dan diiktiraf oleh masyarakat. Apa yang membanggakan adalah, Lot.my merupakan hasil usaha dan kretiviti anak-anak Malaysia!

Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my

Anyway, Lot.my sedang menganjurkan satu peraduan yang terbuka kepada semua blogger. Caranya senang je. Korang just perlu tulis tentang Lot.my, hebahkan di Facebook & Twitter, letakkan widget Lot.my di blog dan isi borang penyertaan. Mudah kan? Yang bestnya, hadiah utama peraduan ini ialah Apple iPad 16GB! Untuk info lanjut tentang peraduan ni, rujuk link ni. Cepat tau! Contest berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei 2011. Terima kasih kepada Munzirshafie kerana telah menghebahkan tentang contest ini kepada aku.

Maklumat Lanjut

Korang boleh dapatkan perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang Lot.my menerusi tiga saluran berikut:

Comments

comments

Hafiz

A Malaysian blogger who has been involved in Blogspot since 2008 and self hosted WordPress since 2010. I am not an expert and I always looking forward to be a better blogger. I write to learn and I write to share.

39 Responses

  1. cik jari says:

    all the best ustaz!

    thanks 4 invite…menang nanti jgn lupe sujud syukur..

    6 org jejaka tuh memang hensem2 lah..yang budak bawah sekali tuh pon tak kurang jugak kecomelannya…mewarisi kemachoan paksunye barangkali…haha

    aku rasa,cam nak try jual barang yg aku tak berjaya jual kat m****.my dulu…

    finally, i wish all the best

    • Hafiz says:

      salam. thanks ustazah.
      err…tu sy setuju.semua hensem.yg paksu budak tu macho pun sy setuju.wahaha~
      err..laaa..xde org beli lg ke barang tu? barang ape dh? lupe.
      hu…tq3…aminn…

      • cik jari says:

        wsalam..

        jual barang baekkkkk punye…tapi ade lak si negro tuh nak menipus… seb bek la tak malu bertanya itu ini kpd org yg lebey arif…akhirnya,barang masih selamat,walaupon untung tak dapat….

        berapa lama anda mengambil masa untuk menyiapkan entry di atas? ianya nmpk teratur..kemas dan menarik…

    • Hafiz says:

      hm.tu la risiko bisnes online.hati2 ye.kalau nampak lain macam je,better jangan percaya orang tu.selagi dia x masukkan duit,jangan pos barang tu.

      hu..err..brape lame ek.beberapa hari kot.tapi lame dok dalam draft.huhu.. tq encik jari jemari ^^

  2. titan says:

    ada harapan menang contest diorang ni. 🙂

  3. syahrilhafiz says:

    thanks add bro..wakaka
    terus aku terjah sini, btw gudluck untuk iPad cun ni..:))

  4. woot woot says:

    waaaaaa..terbaekkk aaa entry ni..huuuu..aku nak buat gak malas..ehehehe..

  5. nuriz says:

    sebelum ni tak tau lagi le pasal lot my ni

  6. nasz says:

    Memang menarik. saya pernah beli barang melalui Lot.my ni. Memang efektif dan pantas.

    Jom baca : http://mohdnaser.blogspot.com/2011/04/nak-trafik-tinggi-bukti-dan-tutorial.html

  7. hafidz says:

    salam singgah bro.
    wah lepas ni memang confirm banyak kedai online.
    bagus2 😀

  8. Amirez says:

    hoho..nak join gaklah. tapi malas betul nak mengarang skang ni

  9. MuJE says:

    aku rasa kaulah pemenang iPad

  10. paeh says:

    review yang stylo…. tahniah atas kemenangan!

  11. syu90 says:

    thniah sbb menang..
    mmg patut pon mng..

  12. tak sangka nama gua pun ada dalam post ni. apa pun tahniah dapat Apple Ipad!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.