Hujan Turun Sebaik Saja Solat Istisqa’ Dimulakan


Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan.

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”-Dipetik dari malay.sompost.com

Comments

comments

Hafiz

A Malaysian blogger who has been involved in Blogspot since 2008 and self hosted WordPress since 2010. I am not an expert and I always looking forward to be a better blogger. I write to learn and I write to share.

You may also like...

17 Responses

  1. qila~ says:

    ahamdulillah..kalo mntak dgn cara betul n baik,insyaAllah Dia kabulkan..

  2. zetty says:

    alhamdulillah..patut sluruh negara wat mcm tue…wat solat istisqa…biar trun hujan…

  3. paan says:

    alhamdullilah…..

  4. faiezbasiron says:

    allahuakbar!~

  5. pu3 balqis says:

    subhanallag.. tabarakallah

  6. Cik Mirara says:

    salam.
    waaaaaaahhh. hebat YA ALLAH.
    btol2,mira sokong part "kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa".
    huuuuu~

  7. mengenaldiri says:

    Subhanallah!

  8. Fauzan Abdullah says:

    alhamdullillah 🙂

  9. Mirara says:

    salam.
    waaaaaaahhh. hebat YA ALLAH.
    btol2,mira sokong part "kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa".
    huuuuu~

  10. si-pembancuh-kopi.blogspot.com says:

    alhamdulillah..

  11. Hana's Love Nest says:

    alhamdulillah.. 🙂

  12. MineMixs says:

    Keajaiban..

  13. MineMixs says:

    & keberkatan dr Tuhan.. 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.