Perbandingan Antara Self Hosted WordPress Dengan Blogspot

Seperti yang korang tahu, Blogspot dan WordPress menawarkan platform blogging secara percuma yang merupakan cara yang baik untuk memulakan kerjaya blog korang. Aku yakin kebanyakan newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging akan memilih blogger atau blogspot sebagai platform pilihan. Memang, blogspot mempunyai kelebihan tersendiri berbanding self hosted wordpress. Namun, sebelum itu, di sini aku nak kongsi sikit kelebihan self hosted wordpress berbanding blogspot.

Untuk pengetahuan korang, 3 tahun dulu aku memulakan career blogging dengan blogspot dengan link www.hafizcakapmengarut.blogspot.com. Serius aku gelak sorang-sorang bila ingat balik apa sebab aku ambik nama tuh. Sesungguhnya dulu aku berblogging sekadar untuk suka-suka je. Tapi baru-baru ni aku decide untuk tukar kepada seft hosted wordpress dengan domain www.hafism.com/blog dan aku dah delete post lame yang memang akan membuatkan korang muntah hijau kalau korang bace. Ok, berbalik kepada topik. Seperti yang aku cakap (padahal tulis) tadi, blogspot adalah platform yang baik untuk mendirikan sebuah blog. Tapi, untuk jangka masa panjang dan untuk mereka yang betul-betul serius nak berblogging, self hosted WordPress adalah pilihan terbaik.

Kenapa WordPress or self hosted blog yang lain lagi bagus dari blog free?

Kawalan sepenuhnya oleh korang sendiri

Ini adalah salah satu sebab utama. Blogspot dimiliki sepenuhnya oleh Google. Oleh itu, mereka mempunyai hak untuk delete account blogspot korang tanpa sebarang notis. Even korang menggunakan custom domain(nama domain korang sendiri), kebarangkalian spammers menggunaka fungsi Flag dan report blog korang sebagai spam tetap ada. Kesannya, blog korang mungkin akan dihapuskan. Benda ni memang berlaku. Kalau korang search Google, memang banyak pengguna Blogspot yang mengalami masalah ni.

Search Engine Optimization (SEO)

Tak kiralah kat mana pun korang hostkan blog korang, trafik adalah benda paling penting dalam hidup seorang blogger. Apa itu SEO? SEO dengan bahasa mudahnya adalah meningkatkan korang punye blog untuk search engine dan menaikkan trafik dari search engine. Contohnya, kalau blog yang SEO dia cun, kalau kita Google something, blog dia akan berada atas sekali dalam search result. Contoh try korang search “wallpaper bayi comel” kat Google. Tengok sape nombor 2 dalam list :p Begitu la lebih kurang. Btw, hebatnya WordPress ni kerana ia menawarkan lebih banyak pilihan untuk korang meningkatkan SEO berbanding Blogspot yang terdapat had atau limit.

Korang boleh search sendiri bagaimana nak tingkatkan SEO blog. Banyak je blogger lain dah explain.Khai pun ada tulis panjang lebar.

Plugin

Ok ini serius. WordPress menawarkan beratus-ratus plugin yang sememangnya senang untuk digunakan dan sangat membantu meningkatkan trafik blog korang. Kalau dibandingkan dengan Blogspot, memang susah dan tidak mesra pelanggan. Contoh, dalam Blogspot, nak letak related post or something apa2 jelah pun kena edit2 html. Dengan WordPress, install plugin je. Ok ni adalah step2 untuk korang yang nak setup WordPress yang Khai dah explain. Also, plugin2 yang wajib korang install dalam WordPress. [sini]

Reputasi

Camne aku nak tulis ek. Biasanya orang akan pandang orang yang guna self-hosted WordPress ni adalah seorang yang serius dalam blogging. Biasanya la. So, reputasi tinggi korang tinggi la.

Theme and Template

Memang betul terdapat banyak theme Blogspot free yang cun-cun. Tapi apa yang membezakan theme Blogspot dengan theme WordPress adalah dari segi penyusunan ataupun nak senang cite, theme WordPress lebih mesra pengguna. Contoh, dorang mengasingkan html untuk header dan html untuk widget. Begitu juga dengan CSS. Dengan kata lain, senang la untuk korang edit or apa2 aje. Selain itu, terdapat banyak theme WordPress PREMIUM dan FREE. Even sometimes terdapat theme Blogspot yang bernama “Free Premium WordPress Theme For Blogspot” kan?

Jual Blog

Google takkan benarkan pengguna Blogspot untuk jual blog dorang. Berbeza dengan self-hosted blog, korang boleh jual blog korang bila-bila masa. As long as blog korang superb, tak mustahil ada pihak yang menawarkan beribu US dolar untuk beli blog korang.

Anyway, somehow memang ada la jugak reason Blogspot lagi bagus dari WordPress. Antaranya:

Semestinya Percuma

Tak perlu hosting, tak perlu domain, tak perlu bla3.. Blogspot adalah percuma dan percuma.

Interface yang simple

Dengan Blogspot, korang tak perlu setup atau installation yang complicated, tak perlu susah2 download dan install plugin. Hanya perlu masukkan username, passsword, email, pilih template sedia ada dan mulakan post pertama korang.

Tak perlu SEO

Hakikatnya, Google sayang Blogspot or Blogger. Blogspot yang selalu diupdate akan di-indeks dengan cepat dan di-rank-kan dengan agak bagus. Google punya kan..

Kesimpulannya, apa yang aku dapat katakan adalah, Blogspot lebih sesuai untuk mereka yang gemar menulis something yang bersifat locally. Dan self-hosted WordPress lebih sesuai untuk mereka yang ingin menulis secara globally.

TAPI, sebenarnya ada je Blogspot yang hebat dan mampu menapak di peringkat antarabangsa dan dapat some money with it. Ada je Blogspot user yang mampu menarik trafik tinggi dan popular dalam dunia blogging. Semuanya terpulang kepada anda. Nak popular, kena usaha lebih la. Huhu..

Itu saja. Lama betul tak update blog. Sekian terima kasih..

Comments

comments

Hafiz

A Malaysian blogger who has been involved in Blogspot since 2008 and self hosted WordPress since 2010. I am not an expert and I always looking forward to be a better blogger. I write to learn and I write to share.

You may also like...

27 Responses

  1. GuruCyber says:

    aku vote wordpress ( self host ) …. baaaaaanyak kelebihannya ..

  2. Hansyitake~ says:

    waa.. da convert wordpress gk ey.. huhu..
    thx 4 sharing this. baru taw knapa orang lain cnvert gak..

  3. Pisyek says:

    aku suka CMS buatan sendiri… hahaha… 😀

  4. Dennis says:

    Saya masih bingung untuk memilihnya. Saya membuat blog dari kedua CMS tersebut, berikut:
    Blogger: http://www.dennisfrea.co.cc
    WordPress: http://www.dennisfrea.co.de
    Mohon pendapatnya ya! Kira-kira lebih bagus yang mana?

    • Hafiz says:

      Theme blogger tu lagi bagus. Kemas dan cantik.
      Seeloknya guna lah wordpress sebagai platform. Mula-mula memang susah. Tapi lama-lama,ok la.

  5. reezluv says:

    tentang jual blog tu yang best..modal dalam USD10++ je..tapi jual dalam USd300++..untungla tu..kalau lebih lagi bagus..:P

  6. awangshamsul says:

    Nice article bro. Dulu aku pun guna blogspot. Lepas tu pakai wordpress.com. Last2 sekali, aku beli hosting sendiri pastu buat website/blog guna wordpress. Mmg best.

  7. awangshamsul says:

    Kau beli hosting kat mana?

    • Hafism says:

      sekarang aku guna hosting DataKL. ok la. dulu aku pernah guna Jomhosting. Kalau banding DataKL dengan Jomhosting, DataKL lagi bagus. Masa guna Jomhosting dulu,banyak kali server down.Pastu kena hack skali. Penat nak recover balik blog. huhu…

  8. Ramzi says:

    Kalau dibandingkan dengan wordpress self hosting, blogspot jelas kalah telak. Bikin iri dah feature dan juga plugin2 yang tersedia untuk wordpress self hosting

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.