Putrajaya Holdings Akan Bangunkan Tronoh Laketown Resort – MB Perak

IPOH, 22 Mac (Bernama) — Putrajaya Holdings Sdn Bhd dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan Tronoh Laketown Resort dekat sini pada bila-bila masa sekarang yang melibatkan nilai pembangunan berbilion ringgit, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pembinaan bandar baru yang berhadapan dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Tronoh itu melibatkan keluasan seluruh kawasan 400 hektar.

“Ia (pembinaan bandar itu) akan jadi pemangkin kepada usaha Perak untuk menjadikan kawasan di Tronoh dan Seri Iskandar yang berdekatan sebagai kawasan pertumbuhan baru yang juga menjadi hub pendidikan di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Institut Darul Ridzuan (IDR) di sini hari Isnin.

Katanya selain UTP, kawasan berkenaan juga mempunyai pelbagai institusi pendidikan lain seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Profesional Mara dan pelbagai institusi pendidikan dan latihan lain yang bakal dibangunkan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengenalpasti dan sedang memperhalusi beberapa kawasan di Hulu Perak, Bagan Datoh, Lembah Beriah dekat Kerian dan Gua Tempurung dekat sini untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baru bagi mencapai hasrat menjadikan Perak sebagai negeri maju.

Comments

comments

Hafiz

A Malaysian blogger who has been involved in Blogspot since 2008 and self hosted WordPress since 2010. I am not an expert and I always looking forward to be a better blogger. I write to learn and I write to share.

You may also like...

8 Responses

  1. Pisyek says:

    haha.. bile nk siap nih? aku nk main2 air plak…

    =P

  2. [jari] says:

    wow..perakku makin maju…..tapi sodih la,asal la tak wat kat teluk intan..baru la bertambah femes tempat kelahiranku itu yg sememangnya sudah mahsyur dan terBAEK…

  3. Cik Jari says:

    wow..perakku makin maju…..tapi sodih la,asal la tak wat kat teluk intan..baru la bertambah femes tempat kelahiranku itu yg sememangnya sudah mahsyur dan terBAEK…

  4. *az-zahidah* says:

    wah…(tak) bestnye…asal la x wat kt sbelah KLCC…dkt sket

  5. awek ninja ungu tapi biru says:

    huhu..wat kat teluk intan la…asal wat kat tronoh…

  6. awek ninja says:

    huhu..wat kat teluk intan la…asal wat kat tronoh…

  7. Cik Mirara says:

    huu. perak! tanah tmpahnya air minuman ku. =9

  8. Mirara says:

    huu. perak! tanah tmpahnya air minuman ku. =9

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.